Pengenalan

Misi

Misi penganjuran pertandingan ini adalah meningkatkan kesedaran dan menggalakkan perkongsian persepsi silang budaya antara masyarakat Malaysia.

Aktiviti dan Strategi

Memberi inspirasi dan peluang pembikin filem baru untuk mengabungkan elemen perpaduan dalam kisah mereka melalui pertandingan penulisan skrip ini;

Memberi peluang pemenang memahami aspek pembikinan filem dari skrip ke skrin;

Menyemai dan menanamkan elemen perpaduan ke dalam filem menerusi pertandingan ini untuk di angkat ke pasaran dan festival filem antarabangsa;

Menganugerahkan skrip terbaik dengan modal dan tenaga kerja untuk menjadikan sesebuah filem pendek itu diingati.

Hadiah Pemenang

3 skrip terbaik akan ditawarkan wang tunai RM3,000.00 dan sebuah Samsung Note 10.1 sebagai harga skrip;

Skrip yang menang akan diterbitkan oleh syarikat A Next Star Production;

Pemenang akan ditawarkan menyertai kumpulan produksi untuk mempelajari selok belok pembikinan sesebuah filem;

Filem akan dihantar menyertai Festival Filem antarabangsa seperti:

  • Cannes Short Film Corner 2014
  • Palm Springs Short Fest 2014
  • Japan Short Shorts Festival 2014
  • Hong Kong Filmart 2014
  • Aspen ShortFest 2014
  • Lain-lain festival filem pendek antarabangsa